Tiket haji daripada Tuhan

Tiket haji daripada Tuhan

'Tiket haji daripada Tuhan'- J. Rahmat

ISBN : 9789673661480
Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd.
No. Panggilan: BP187.3 .R34 2012
Tahun Diterbitkan: 2012
Mukasurat: 281
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=68423

Pengulas :
Cik Nurulaida Binti Abdul Shukor, Pembantu Pustakawan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Naskah tiket haji daripada Tuhan ini adalah terjemahan asal daripada buku Malaikat Cinta. Tulisan asal penulis iaitu J. Rahmat berasal dari Indonesia dan diterjemahkan kepada bahasa Melayu agar sesuai dijadikan bacaan untuk pasaran di Malaysia. Untuk permulaan bab dalam buku ini, pembaca akan dihidangkan dengan istilah atau bahasa yang biasa digunakan dari negara seberang. Apabila meneruskan bacaan, pembaca akan menjadi lebih tertarik untuk mengetahui banyak perkongsian yang berguna dan berilmiah daripada penulis.

Tiket haji daripada Tuhan mengisahkan kisah benar yang dilalui oleh penulis sendiri. Beliau merupakan seorang ahli geologi yang sudah bekerja selama 20 tahun sebagai pegawai di sebuah syarikat minyak dan gas di Indonesia namun kehidupan beliau cukup sederhana. Sejak mula bekerja beliau menggunakan sebahagian besar gajinya bagi menguruskan anak-anak yatim, anak-anak miskin dan orang terlantar. Suatu hari, keajaiban berlaku apabila beliau mendapat bantuan daripada rakan-rakan yang mengumpulkan wang untuknya ke Tanah Suci. Dari situ, bermulalah sebuah kisah yang penuh asyik, sedih dan padat dengan pengajaran haji daripada sudut yang berbeza iaitu Tuhan memilih tetamu-Nya dan melayaninya dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Jalan cerita yang ditulis ala travelog ini semestinya tidak akan membuatkan pembaca berasa bosan malah akan berasa lebih santai dan mudah difahami kerana pembaca akan dapat merasakan betapa penulis menzahirkan rasa syukur dan gembira melalui pengalaman perjalanan menunaikan ibadah haji. Penulis juga ingin menceritakan ibadah haji daripada sudut berbeza iaitu sudut kemanusian dan tidak dilupakan aspek sosial.

Kesimpulannya, buku ini bukanlah sekadar menceritakan perjalanan haji penulis semata-mata, malah turut diselitkan dengan fakta yang disertai dengan kisah sejarah Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat, ayat-ayat Al-Quran dan hadis serta bonus, doa-doa yang menyentuh hati. Akhir kata, penulis membuktikan apabila kita berbuat baik kepada orang lain (anak-anak yatim), maka orang lain akan berbuat baik kepada kita pula. Tuhan memilih tetamu-Nya dan melayani mereka dengan cara yang tidak disangka-sangka. Mungkinkah kita juga merupakan salah seorang daripada tetamu-Nya? Doakan.

Print   Email