Belajar Dari Perang Khaibar
'Belajar Dari Perang Khaibar: Strategi Nabi Menentang Yahudi ' – Hepi Andi Bastoni
ISBN : 9789673610075
Penerbit : Petaling Jaya : Kemilau Publika Sdn Bhd
No. Panggilan : BP73 .Z34 2012
Tahun diterbitkan : 2010
Muka surat : 218
URL efind : https://efind.ump.edu.my:8443/cgi-bin/koha/catalogue/detail.pl?biblionumber=64801
ISBN : 9789673610075
Penerbit : Petaling Jaya : Kemilau Publika Sdn Bhd
No. Panggilan : BP73 .Z34 2012
Tahun diterbitkan : 2010
Muka surat : 218
URL efind : https://efind.ump.edu.my:8443/cgi-bin/koha/catalogue/detail.pl?biblionumber=64801
Buku ini menceritakan secara ringkas sejarah asal usul dan kehidupan bangsa yahudi bermula dari zaman Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Samuel, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Haziqual, Nabi Ashiya bin Amous, Nabi Armiya, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa. Telah menjadi sifat bangsa yahudi atau bani Israel untuk melakukan maksiat atau kemungkaran di atas muka bumi ini dan cenderung untuk menyembah berhala seperti yang diceritakan dalam al-quran iaitu di dalam surah Al-Baqarah. Kota Khaibar adalah pusat bagi bangsa yahudi serta tempatnya kubu kuat dan tempat dimana mereka mula-mula sekali merancang untuk menghancurkan kota Madinah menerusi Perang Khandaq. Perang Khandaq, iaitu perang yang terjadi sebelum berlakunya perang Khaibar adalah salah satu perang yang dirancang oleh Yahudi. Bangsa Yahudi tidak akan berdiam diri dan melihat sahaja kebangkitan Islam di Kota Madinah. Mereka sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan usaha dakwah Islam yang makin berkembang di Madinah.
Apabila tiga puak Yahudi yang mendiami Madinah (Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizah) diusir keluar akibat pengkhianatan yang dilakukan terhadap Nabi Muhammad (SAW), mereka mengumpul tentera di satu tempat bernama Khaibar. Berita ini dapat diketahui oleh Nabi Muhammad (SAW) dan lantas Baginda mengumpul tenteranya terlebih dahulu untuk menyerang Yahudi Khaibar. Pada ketika itu, Muslimin berada dalam jumlah yang sedikit berbanding bangsa yahudi. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai harta dan sentiasa hidup dalam kelaparan. Bilangan mereka jauh lebih sedikit daripada bilangan musuh yang bakal diserang. Namun, sebelum keluar berperang Nabi Muhammad (SAW) bersabda kepada mereka yang benar-benar ingin berjihad sahaja yang perlu mengikuti perang ini untuk memastikan mereka adalah dikalangan yang komited agar segala strategi yang dirancang dapat berjalan dengan lancar walaupun dalam serba kekurangan.
Kisah ini juga mengajar kita bahawa kualiti adalah lebih penting daripada kuantiti. Ini dapat kita lihat berdasarkan kepada tindakan Nabi Muhammad (SAW) hanya memilih pahlawannya yang benar-benar ingin berjihad sahaja untuk pergi berperang walaupun pada ketika itu bilangan yang sedia ada tidak mencukupi. Namun begitu, dengan komitmen yang ditunjukkan mudah bagi Baginda merancang strategi peperangan.
Semoga kita mendapat pengajaran dari kisah ini.
Ulasan buku oleh:
En. Mohd Jamilulawal Bin Ab Azis, Pembantu Pustakawan
En. Mohd Jamilulawal Bin Ab Azis, Pembantu Pustakawan